Van Bergerak - hampir 200 aduan telah diterima
24 Dec, Pengerang - Program Khidmat Bergerak, Parlimen Pengerang yang digerakkan oleh YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said, Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang diteruskan ke kampung-kampung. Di sepanjang bulan Disember sebanyak 6 buah kampung telah dilawati beliau antaranya Bukit Raja, Sungai Buntu, Teluk Ramunia, Felda Papan Timur n Felcra Sungai Layau.
Sambutan yang diberikan amat mengalakkan, kerana mereka berpeluang berjumpa sendiri dengan wakil rakyat disamping menyampaikan semua maklumat, aduan, rungutan, masalah dan sebagainya. Kerjasama yang diberikan amat mengalakan termasuklah dari ketua kampung, penghulu, pengurus Felda, dan semua lapisan masyarakat.
Pendekatan yang digunakan oleh Azalina ini, dilihat begitu mesra rakyat kerana hampir kesemua rumah di dalam kawasan beliau telah dilawatinya. Ia juga dilihat begitu dekat di hati rakyat. Rata-rata penduduk yang ditemui akan mengatakan Azalina begitu dekat dihati mereka, kerana walaupun mempunyai kedudukan, namun rakyat tetap beliau utamakan.
Ahmad Morsid, 62 ketika ditemui berkata Dato Sri Azalina umpana rakan kepada beliau sekeluarga kerana setiap aduan dan masalah yang diajukan akan diberi perhatian yang serius olehnya.
Azalina ketika diminta mengulas mengenai perkara ini berkata antara masalah yang sering diadukan kepada beliau adalah masalah hak milik tanah, bantuan dan surat sokongan, masalah nelayan, ibu tunggal dan sebagainya.
“Setiap masalah yang diterima akan diteliti dan diajukan kepada mereka yang bertanggungjawab. Namun ia tidak berhenti setakat disitu kerana setelah 2 minggu kami akan bertanya mengenai status setiap permohonan yang dibuat sehinggalah masalah itu selesai”
“Sehingga ke hari ini, hampir 200 aduan telah diterima, dan sebahagian daripadanya telah berjaya kami selesaikan dan kami menjangkakan sebahagian lagi akan dapat diselesaikan sebelum pertengahan tahun” katanya lagi





































